Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung budiman. Blog ini adalah berkaitan dengan Pendidikan Kejurulatihan Komputer, yang mana digalakkan berlakunya kolaborasi semasa kita dalam menuntut ilmu sepanjang hayat.

12 January 2010

Aktiviti 2 : Reka bentuk Pengajaran - Model ASSURE

Model Assure diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996 adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud mempastikan atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku.


Terdapat 6 langkah yang penting dan perlu dilalui oleh seseorang guru sekiranya memilih reka bentuk pengajaran Model ASSURE ini. Antaranya ialah;

1. Analyse learner (Analisis pelajar).

2. State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

3. Select media and method (Pilih media dan kaedah).

4. Utilise media and method (Gunakan media dan kaedah).

5. Require learner response (Dapat respons pelajar).

6. Evaluate (Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses pengajaran).


Penyataan apa yang akan dicapai bukan bagaimana ianya dicapai :

  1. Audience (Kumpulan Sasar) - Pembelajaran berlaku apabila pelajar aktif (memproses idea secara mental) atau (membuat latihan kemahiran secara fizikal )
  2. Behavior (Perlakuan) - katakerja yang menghuraikan kebolehan baru yang akan
    diperolehi oleh kumpulan sasar selepas pengajaradiperolehi pengajaran
  3. Conditions (Syarat) - persembahan yang perlu di beri perhatian oleh pelajar
  4. Degree (Tahap) -piawai persembahan (yg boleh diterima) yang akan dinilai

No comments:

Post a Comment