Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung budiman. Blog ini adalah berkaitan dengan Pendidikan Kejurulatihan Komputer, yang mana digalakkan berlakunya kolaborasi semasa kita dalam menuntut ilmu sepanjang hayat.

12 January 2010

Aktiviti 4 : Kajian Analisis Keperluan

Kajian Analisis Keperluan penting bagi memastikan keberkesanan sesuatu pengajaran pembelajaran. Sebagai seorang guru, kajian ini dapat membantu guru tersebut dalam mengenal pasti ataupun menyelesaikan sesuatu masalah.

Antara kebaikan Kajian Analisis Keperluan ini adalah :
  • Untuk mengenal pasti masalah kajian.
  • Mengenal pasti ciri dan kehendak pengguna, sebagai contoh gaya pembelajaran dan latar belakang seseorang murid
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran. Melaluinya seorang guru itu boleh menilai kelemahan ataupun kekuatan pengajaran yang telah dilaksanakan. Hasil daripada kajian yang dilakukan guru tersebut membuat pembaharuan ataupun pembetulan terhadap pengajaran.
  • Mengumpul data. Sebagai contoh hasil daripada temubual, soal-selidik, pemerhatian, refleksi, pengalaman sendiri dan tinjauan literatur.

Aktiviti 3 : Objek Pembelajaran

OB

Aktiviti 2 : Reka bentuk Pengajaran - Model ASSURE

Model Assure diasaskan oleh Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1996 adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik. Model Assure bermaksud mempastikan atau ‘to assure’ pembelajaran berlaku.


Terdapat 6 langkah yang penting dan perlu dilalui oleh seseorang guru sekiranya memilih reka bentuk pengajaran Model ASSURE ini. Antaranya ialah;

1. Analyse learner (Analisis pelajar).

2. State learning objectives (Nyatakan objektif pembelajaran).

3. Select media and method (Pilih media dan kaedah).

4. Utilise media and method (Gunakan media dan kaedah).

5. Require learner response (Dapat respons pelajar).

6. Evaluate (Nilai bahan, kaeadah dan seluruh proses pengajaran).


Penyataan apa yang akan dicapai bukan bagaimana ianya dicapai :

  1. Audience (Kumpulan Sasar) - Pembelajaran berlaku apabila pelajar aktif (memproses idea secara mental) atau (membuat latihan kemahiran secara fizikal )
  2. Behavior (Perlakuan) - katakerja yang menghuraikan kebolehan baru yang akan
    diperolehi oleh kumpulan sasar selepas pengajaradiperolehi pengajaran
  3. Conditions (Syarat) - persembahan yang perlu di beri perhatian oleh pelajar
  4. Degree (Tahap) -piawai persembahan (yg boleh diterima) yang akan dinilai

11 January 2010

Aktiviti 1 : Kaji latar belakang Pengasas Pengkomputeran

Manusia yang berjaya dalam kehidupan memang ramai di dunia ini. Akan tetapi manusia yang pintar dalam sesuatu bidang sebagai contoh bidang komputer sehingga tersohor di dunia ini boleh dibilang. Penulis mengambil kesempatan ini untuk mengkaji mereka yang tersohor ini. Antara mereka ialah :
  1. Bill Gates - Mircosoft
  2. Larry Page & Sergey Brin - Google
  3. Mark Zuckerberg Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz & Chris Hughes - Facebook
  4. Stephen Gary "Woz" Wozniak, Steve Jobs & Ronald Wayne - Apple Computer
Dalam penulisan ini, penulis lebih memberi penumpuan terhadap aspek latar belakang dan bagaimana mereka ini boleh mencapai kejayaan sehingga dikenali di seluruh dunia dan juga menjadi antara mereka yang terkaya di dunia.


Bills Gates


Siapakah Bills Gates?
Nama sebenar Bills Gates ialah William Henry III dan berasal dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan ahli pengasas Microsoft Corporation bersama Allen Paul.






Larry Pages dan Bergey Brin

Larry Pages
dan Bergey Brin merupakan pengasas kepada Google iaitu salah satu enjin pencari yang popular.









Mark Zuckerberg Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz & Chris Hughes


Facebook begitu boleh popular kini. Facebook dulunya hanya sebuah situs eksklusif yang dikhususkan untuk pelajar-pelajar kampus Harvard saja. Hinggakan wujudnya facebook untuk 1Malaysia. Mengapa begitu?

Pada asalnya Facebook Mark Zuckerberg (saat itu mahasiswa semester II Harvard University) membuat sebuah situs mencari jodoh untuk rakan-rakan kampusnya. Zuckerberg yang terinspirasi dari situs Hot or Not menamai situs buatannya Facemash.com. Kaedah situs ini ialah menampilkan dua foto pasangan (lelaki dan wanita), di mana selanjutnya dua pasangan ini akan dipilih oleh para anggota situs mana pasangan yang paling “hot”. Nah, untuk menampilkan foto-foto pasangan di situs ini, Zuckerberg berupaya dengan segala cara mencari foto-foto rakannya dengan cara keliling ‘door-to-door’ untuk meminta foto.

Zuckerberg mengodam akses jaringan komputer kampusnya untuk mendapatkan foto-foto tambahan. Namun tindakannya ini diketahui pihak kampus dan mereka selanjutnya menghalang situs Facemash.com diikuti dengan tindakan ancaman akan membuangnya dari kampus (walaupun ancaman ini tidak jadi direalisasikan). Atas tindakannya itu, Zuckerberg membela diri dengan mengatakan “Tindakan pihak kampus yang menghalang situs facemash.com memang benar alasannya, namun sayang mereka tidak menyedari potensinya yang boleh menjadi alat untuk mempopularkan kampus itu sendiri”. Ia melanjutkan “Cepat atau lambat, nanti juga akan ada orang lain yang membuat situs serupa”.

Siapakah pengasas Facebook? Ia diasaskan oleh Mark Elliot Zuckerberg bersama dengan rakan-rakan bersama di Universiti Harvard iaitu Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin dan Chris Hughes. Mark Zuckerberg yang dilahirkan pada 14 Mei 1984. Beliau kni antara salah seorang jutawan dan antara orang yang berpengaruh di Amerika. Majalah Time juga turut menyenaraikan Mark Zuckerberg di tempat ke 52 daripada 101 orang di bawah kategori The World’s Most Influential People of 2008.

Mark Zuckerberg dilahirkan daripada sebuah keluarga Yahudi. Namun mengikut catatan di Wikipedia, kepercayaan yang dipegang beliau sekarang adalah Atheism. Zuckerberg dibesarkan di pinggiran New York yaitu Dobbs Fery dan bersekolah di Phillips Exeter Academy, New Hampshire. Ayahnya adalah seorang doktor gigi, ibunya adalah psikiatrik, dan ia memiliki tiga saudara perempuan.

Minatnya beliau kepada komputer bermula apabila mendapat hadiah komputer dari ayahnya pada kelas 6 lalu membeli buku tentang membuat program komputer paling dasar: “C++ for Dummies”. Dari situ bermulalah beliau belajar sendiri memprogram komputer, dan selama masa seniornya di sekolah lanjutan tingkatan atas, ia dan rakannya sesama pengodam Adam D'Angelo tertarik dengan AOL dan Microsoft dengan menciptakan plug-in Winamp yang dapat membangun playlist customized.

Pada tanggal 4 Februari 2004, Zuckerberg membuat sebuah situs baru bernama “The Facebook” yang beralamat URL: http://www.thefacebook.com. Untuk situs barunya ini, Zuckerberg berkomentar sarkas: “Menurutku upaya pihak kampus yang ingin membuat media pertukaran informasi antara universiti akademik yang memakan masa bertahun-tahun adalah hal yang konyol. Dengan situsku ini, aku bisa mengerjakannya cuma dalam waktu seminggu saja”.

Pada mulanya “The Facebook” hanya terbatas di kalangan kampus Harvard saja. Dalam waktu satu bulan para penggunanya sudah mencakup lebih dari setengah jumlah mahasiswa Harvard saat itu. Selanjutnya, sejumlah rakan Zuckerberg turut bergabung memperkuat pasukan thefacebook.com. Mereka adalah Eduardo Saverin (analis usaha), Dustin Moskovitz (programmer), Andrew McCollum (desainer grafis), dan Chris Hughes.