Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung budiman. Blog ini adalah berkaitan dengan Pendidikan Kejurulatihan Komputer, yang mana digalakkan berlakunya kolaborasi semasa kita dalam menuntut ilmu sepanjang hayat.

09 February 2010

Tugasan 3 dan 4

  1. Bentuk kumpulan kursus komputer yang hendak dijalankan
  2. Lakukan satu kajian analisis keperluan terhadap kursus komputer yang akan diadakan
  3. Tugasan ini menjadi imput kepada projek tindakan kursus komputer
_____________________________________________________________

Ahli Kumpulan
Kumpulan kursus komputer terdiri daripada lima (5) ahli :

  1. Rahim bin Omar
  2. Rossaidi bin Ngah
  3. Emi Suzira
  4. Siti Fairuz Nurr bt Sadikan
  5. Rosyiatimah bt Ismail

Tajuk Kursus Komputer :

MOODLE dan e-Learning dalam P & P berkesan

Analisis Keperluan Kursus
Keberkesanan dalam pengendalian sesuatu kursus komputer merupakan satu justifikasi terhadap kejayaan seseorang atau kumpulan. Bagi memastikan kejayaan ini antara langkah awal yang perlu diambil ialah menjalankan analisis keperluan kursus.

Berikut adalah analisis keperluan kursus yang perlu diberi perhatian oleh tenaga pengajar atau penganjur :

1. Peserta yang akan menyertai kursus.

Tenaga pengajar atau penganjur perlu menetapkan syarat-syarat asas kepada pemilihan peserta yang bakal menyertai kursus. Sebagai contoh, jika penganjur ingin menjalankan kursus MOODLE, penganjur perlu menetapkan bahawa peserta perlu memiliki pengetahuan asas dalam network, bahasa pengaturcaraan dan memiliki ketahanan serta kesabaran dalam menerima beban tugas tambahan.


2. Tempat Kursus – mohon kebenaran menggunakan tempat kursus, lokasi, kemudahan

3. Tarikh kursus -

4. Bilangan peserta -

5. Jadual Kursus -

6. Surat jemputan kursus kepada peserta

7. Bahan Edaran (manual kursus)

8. Bahan Kursus

9. Kos

10. Soalan kaji selidik selepas kursus


Dan lain-lain yang dirasakan perlu.





Ulasan Jurnal

Ulasan Jurnal 1

Tajuk Jurnal : Extending Moodle to Better Support Computing Education

Penulis : Guido Robling dan Andreas Kothe

Sumber : ITiCSE’09, 2009 22, pg 146 - 150


Menurut Guido Robling dan Andreas Kothe dalam jurnal Extending Moodle to Better Support Computing Education pelbagai pihak telah menggunakan platfom internet menerusi Learning Manegement System (LMS) dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Tujuanya adalah untuk mengurus kursus, membantu para pelajar dan menyediakan alat bantu pengurusan serta teknikal kepada para tenaga pengajar. Mereka juga mengatakan antara LMS yang begitu menonjol pada masa kini ialah MOODLE (Modular Object Oriented Distributed alearning Environmen). Moodle bukan sahaja menyediakan perkara-perkara seperti dinyatakan malah lebih baik berbanding dengan LMS yang terdahulu kerana Moodle menyediakan perkhidmatan sokongan yang bersifat simulasi dan visual.


Persoalan kajian dalam jurnal ini tidak menumpukan kepada perkara berkaitan bagaimana hendak membina aktiviti, modul dan blok dalam moodle. Sebaliknya tumpuan diberi kepada moodle itu sendiri dan apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada moodle terutamanya fungsi sokongan Moodle yang semakin meningkat kebelakangan ini berbanding LMS yang lain. Menurut laporan yang dijalankan oleh ITiCSE 2008 Working Group, terdapat beberapa aspek yang tertinggal dalam Pendidikan Sains Komputer walaupun daripada LMS yang extensive seperti Moodle. Aspek yang dimaksudkan ialah pengaturcaraan tugasan dan maklum balas secara automatik, tugasan dalam talian yang abstrak seperti struktur data, debungging system dan plagiat dalam sistem.

Hasil daripada jurnal ini memang banyak yang boleh dikenalpasti perbezaan ada kelebihan yang terdapat dalam Moodle berbanding LMS yang lain. Hasil kajian dan penggunaan yang dijalankan oleh penulis daripada internet adalah seperti berikut :


Jenis LMS

Sokongan teknikal

Maklum balas secara automatik

Moodle

Ya

Ya

Drupal

Tiada

Tiada

Joomla

Tiada

Tiada


Berdasarkan dapatan tersebut juga jelas menunjukan kelebihan Moodle berbanding LMS yang lain. Ini kerana moodle memiliki khidmat sokongan dan maklum balas secara automatik yang amat diperlukan dalam penghasilan aplikasi pengurusan pengajaran dan pembelajaran dalam talian.



Jurnal 2

Tajuk Jurnal : Learning Styles Testing in Moodle

Penulis : Daniela Dureva dan Georgi Tuparov

Sumber : International Conference on Computer Systems and Technlogies - CompSys’08


Jurnal ini dihasilkan oleh Daniela Dureva dan Georgi Tuparov dalam jurnal Learning Styles Testing in Moodle telah dibentang dalam International Conference on Computer Systems and Technlogies - CompSys’08 adalah berkaitan dengan modul cara pembelajaran bersapadu di dalam MOODLE. Modul ini berpandukan kepada model pembelajaran Kolb, Felder-Silverman, Pelbagai Kemahiran Gardner’s dan model Reid. Menurut mereka lagi, cara pembelajaran dipengaruhi oleh cara bagaimana maklumat diterima dan diproses. Dengan mengetahui cara pembelajaran setiap murid dapat membantu kekuatan dan kelemahan seseorang individu.

Perkara asas dalam modul ini ialah :


  1. Melaksanakan soal-selidik berdasarkan model pembelajaran

- Kolb

- Gardner

- Felder-Soloman

- Reid

  1. Kajian terhadap keutamaan pembelajaran dalam talian berdasarkan soalan
  2. Gambaran graf dan lisan penentuan corak pembelajaran
  3. Statistik mengenai pelajar
  4. Eksport data dalam bentuk format MS Excel



Berdasarkan jurnal penulis merasakan dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan sesuatu kursus komputer, seseorang jurulatih atau fasililator memerlukan banyak pengetahuan dan kemahiran. Salah satu daripadanya ialah mengetahui siapa dan apakah minat peserta itu sendiri. Menurut Feldel-Silverman, pelajar/peserta aktif merupakan mereka yang belajar dengan mencuba sesuatu dan suka belajar dalam kumpulan. Untuk itu, dalam sesuatu kursus yang akan dijalankan, perkara ini perlulah diberi penekanan dan diambil kira. Tujuannya adalah untuk memastikan objektif kursus dapat dicapai dan kursus tersebut bermakna kepada para peserta. Dari sini, jurulatih akan dapat merancang aktiviti dan kaitkan kreativiti untuk memastikan keberkesanan kursus yang dijalankan.



Jurnal 3

Tajuk Jurnal : Training Needs Analysis – The first step in authoring e-learning content

Penulis : Emma O’Brien, Timothy Hall

Sumber : 2004 ACM Symposium on Aplied Computing


Ketika ini latihan dan pembelajaran dalam talian berkembang dengan mendadak. Namun begitu perkembangannya tidak menyeluruh terutama kepada syaraikat yang kecil. Hal ini terjadi kerana syarikat kekurangan kepakaran dalam menyedia dan mengaturcara pembelajaran dalam talian mereka sendiri. Kajian ini menyatakan pentingnya diberikan latihan kepada para pekerja. Namun begitu kebanyakan syarikat tidak dapat menghantar pekerja mereka berkursus. Antara faktor penghalang ialah :


1. kekangan masa

2. kos perbelanjaaan menghantar berkursus yang tinggi

3. jumlah pekerja yang ramai dan

4. kursus yang ditawar tidak memenuhi keperluan syarikat


Justeru itu, penulis jurnal mencadangkan agar pembelajaran dalam talian diadakan bagi mengatasi masalah tersebut. Ini memandangkan pembelajaran dalam talian sangat luwes, boleh diakses pada bila-bila masa dan pihak syarikat tidak perlu menukar corak kerja bagi memenuhi kehendak latihan serta menjimatkan kos. Kajian yang dijalankan oleh eCASME (2003) berkaitan dengan prosedur latihan menyatakan bahawa adalah penting kursus yang dijalankan berkaitan perlulah berkaitan dengan ruang litup atau memenuhi keperluan sesebuah syarikat.


Penulis jurnal menyatakan analisis keperluan latihan diperlukan sebagai kayu ukur memastikan keperluan latihan. Analisis keperluan latihan tradisional disifatkan oleh penulis sebagai sesuatu yang rumit dan telah mencadangkan keperluan latihan dalam talian yang lebih mudah dan mencakupi keperluan syarikat dan kos efektif. Satu kaedah metodologi diperlukan untuk memenuhi rekabentuk proses pengaturcaraan pembelajaran dalam talian yang hendak dihasilkan oleh sesebuah syarikat. Proses ini melibatkan antara muka dan peranan pengguna sistem yang bakal dibangunkan.


Berdasarkan jurnal ini bolehlah dirumus bahawa adalah perlu bagi sesebuah organisasi menjalankan kajian keperluan latihan atau kursus bagi organisasi mereka. Melalui kajian keperluan kursus ini, organisasi boleh menyusun strategi pengurusan, mengoptimum kemahiran dan kepakaran pekerja, mencapai objektif organisasi dan menjimatkan kos pengurusan. Pada kebiasaannya, ramai pekerja yang mengikuti kursus tetapi tidak berkaitan dengan skop kerja. Apabila balik berkursus, tiada perkembangan dan peningkatan mutu kerja kerana apa yang dipelajari bukannya benda baru yang berkaitan dengan skop kerja.