Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung budiman. Blog ini adalah berkaitan dengan Pendidikan Kejurulatihan Komputer, yang mana digalakkan berlakunya kolaborasi semasa kita dalam menuntut ilmu sepanjang hayat.

07 July 2010

Kajian Ke Perpustakaan - Ulasan Buku

Ulasan Buku

Creating High Performance Team – A Facilitator’s Guide: Pengarang Thomas George, National of Public Adminstration (INTAN) 2005. Ulasan oleh Rahim bin Omar.

Buku ini menumpukan bagaimana untuk mengurus dan bagaimana seorang jurulatih ataupun fasilitator boleh mengaplikasikan pengetahuan seperti yang disampaikan melalui buku ini bagi memastikan kejayaan sesuatu organisasi melalui kerjasama. Ia juga mengupas bagaimana individu jurulatih boleh mencapai kepada kecapaian prestasi tinggi. Fokus buku ini adalah untuk membantu individu mencapai kerjasama kumpulan dan bagaimana untuk membantu perubahan dalam dalam kumpulan yang berprestasi tinggi. Pengulas memilih buku ini kerana kandungannya menjurus kepada pembentukan dan kerjasama dalam kumpulan yang berprestasi tinggi, toeri-teori untuk menjadi fasiliator yang berkesan dan pengalaman penulis dalam mengendalikan kursus. Faktor-faktor ini amat berguna dan boleh diaplikasikan dalam kursus kejurulatihan komputer yang pengulas hadiri.

Dalam buku ini perkara pertama yang diperkatakan ialah tentang kerjasama dalam organisasi. Ahli kumpulan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Tanpa kumpulan sesuatu yang dirancang pasti tidak dapat dilaksanakan. Kerjasama dalam kumpulan memerlukan akauntibility yang tinggi dan setiap ahli kumpulan perlu bertanggungjawab terhadap kepentingan kumpulan. Justeru itu, dalam kursus kejurulatihan yang bakal dijalankan faktor ini perlu diberi perhatian oleh kumpulan pengulas untuk memastikan kelancaran dalam pembinaan bahan kursus, kursus yang akan dijalankan dan juga pelaporan. Berdasarkan buku ini pengulas mendapati karektor seperti dalam jadual di bawah perlu digunakan dan dirumus kepada keperluan kursus nanti.

Matlamat

Matlamat yang jelas, berkongsi matlamat

Keahlian

Mengenai ahli dan mempunyai sifat kepunyaan kepada kumpulan

Klimaks

Klimaks dalam keyakinan, rasa hormat-menghormati dan kerjasama

Komunikasi

Jujur dan bersifat terbuka

Peranan

Memahami peranan dan kebertanggungjawaban terhadap kumpulan

Konflik Pengurusan

Konstruk dalam pengurusan konflik

Output

Menghasilkan keputusan yang baik dan prosedur pengurusan kumpulan yang baik

Membuat keputusan

Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Kepimpinan

Kepimpinan berkesan amat diperlukan

Maklum balas

Maklum balas diperlukan

Penumpuan yang diberi oleh pengulas dalam buku ini ialah terhadap peranan fasilitator dalam mengendalikan kursus. Menurut buku ini, fasilitator berperanan untuk membantu individu mencapai objektif pembelajaran dan membantu pembentukan kumpulan. Bagi mencapainya seseorang fasilitator perlu memiliki kemahiran dalam mengurus pengalaman belajar. Melaluinya dapat membantu individu mengenal dan mengerti nilai kerjasama kumpulan dan mengenalpasti kejayaan dalam kumpulan. Kajian menunjukkan bahawa fasilitator berpengalaman, berprasangka dan memiliki ilmu yang tinggi dapat mempengaruhi pembangunan dan kejayaan sesuatu kumpulan ataupun kursus yang dijalankan.

Ciri-ciri seseorang fasilitator:

Tingkahlaku jurulatih/fasilitator

Sikap berkemungkinan jurulatih/fasilitator

Pasif

Pasif

Interpretatif

Berorintasikan kuasa

Bersifat rendah dalam penyertaan dan

Menguasai, mengawal

Bersifat pertentangan dan nilai sosial yang rendah

interaktif

Bersifat demokrasi, bertanggungjawab dan boleh membuat keputusan

Pengulas berpendapat dalam mengendalikan kursus kejurulatihan antara tingkah laku yang perlu ada dalam diri seseorang jurulatih / fasilitator ialah interaktif. Ini kerana tingkah laku ini memiliki banyak kelebihan berbanding yang lain. Selain dapat bersifat demokrasi, tingkah laku ini mampu memberi kelapangan dan rasa keterbukaan kepada para peserta kursus.

Seseorang fasilitator berperanan dan bertanggungjawab untuk memastikan ahli kumpulan dan juga peserta kursus memperolehi kebaikan dalam pembelajaran. Mathew B. Miles memperturunkan 7 fungsi sebagai panduan kepada fasilitator dalam masa menjalankan kursus. Antaranya:

Fungsi menurut Mathew B. Miles

Bagaimana boleh diterapkan dalam pendidikan/kursus komputer?

Menyedia bantuan metadologi

Menyediakan bahan kursus/modul

Panduan analisis

Panduan kursus disediakan

Memberi sokongan

Memberi sokongan

Menghadapi dan merangsang

Sentiasa memberi keyakinan dan rangsangan kepada para peserta

Mendorong pembangunan kumpulan

Mendorong rakan fasilitator dalam menjalankan kursus

Mengawal pergerakan kumpulan

Memantau ahli

Mengekalkan keahlian dalam kumpulan

Sentiasa bekerjasama dan mesra dengan ahli kumpulan

Berpandu dan berbekalkan panduan Mathew B. Miles ini, seseorang fasilitator dapat memastikan kursus pendidikan komputer yang dijalankan akan mencapai matlamat dan berkesan. Sikap tersebut amatlah diperlukan dan dimiliki oleh fasilitator memandangkan agak sukar untuk mengendalikan sesuatu kursus komputer. Kadang-kala dalam kursus komputer yang dijalankan timbul beberapa masalah yang tidak dijangka. Ada disebabkan oleh faktor teknologi dan ada disebabkan oleh faktor manusia.

Pada kebiasaannya sesuatu kursus yang dijalankan diurus dan dijalankan lebih daripada seorang ataupun sekumpulan fasilitator. Langkah ini penting kerana apabila kursus yang dijalankan dalam kumpulan membolehkan perkongsian idea dan teknik pengajaran semasa menjalankan tugas sebagai fasilitator. Langkah ini juga membolehkan sesama fasilitator membuat banding beza dan mengenal pasti teknik dan langkah pengajaran yang sesuai. Untuk itu, fasilatator berperanan untuk :

· Mengenalpasti objektif kursus

· Perkara terbaik yang diharapkan dalam kursus

· Perkara terburuk yang berlaku dalam kursus yang dijalankan

Selain itu, fasilitator juga perlu bertukar maklumat, pandangan, isu dan stail fasilitator merangkumi perkara berikut :

· Bagaimana untuk memulakan kursus komputer

· Cara untuk menguasai peserta

· Peserta yang pasif dan tertinggal

· Lambat menguasai

· Jurang mata pelajaran

· Soalan yang dikemukakan semasa kursus berlangsung

· Kawalan kelas/bengkel

· Persoalan daripada peserta kursus

· Metadologi yang digunakan

· Perkara yang tidak disukai dan penyebab

· Perbincangan

· Tamat sesi/kursus/bengkel

Rumusannya adalah penting bagi seorang fasilitator pendidikan komputer menguasai ilmu fasilitator. Melalui ilmu fasiliator seseorang itu dalam mengawal, melaksana, membimbang dan menyelesaikan masalah semasa dan selepas kursus dengan baik dan mencapai objektif kursus dengan berkesan.