Selamat Datang

Selamat datang diucapkan kepada para pengunjung budiman. Blog ini adalah berkaitan dengan Pendidikan Kejurulatihan Komputer, yang mana digalakkan berlakunya kolaborasi semasa kita dalam menuntut ilmu sepanjang hayat.

12 January 2010

Aktiviti 4 : Kajian Analisis Keperluan

Kajian Analisis Keperluan penting bagi memastikan keberkesanan sesuatu pengajaran pembelajaran. Sebagai seorang guru, kajian ini dapat membantu guru tersebut dalam mengenal pasti ataupun menyelesaikan sesuatu masalah.

Antara kebaikan Kajian Analisis Keperluan ini adalah :
  • Untuk mengenal pasti masalah kajian.
  • Mengenal pasti ciri dan kehendak pengguna, sebagai contoh gaya pembelajaran dan latar belakang seseorang murid
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran. Melaluinya seorang guru itu boleh menilai kelemahan ataupun kekuatan pengajaran yang telah dilaksanakan. Hasil daripada kajian yang dilakukan guru tersebut membuat pembaharuan ataupun pembetulan terhadap pengajaran.
  • Mengumpul data. Sebagai contoh hasil daripada temubual, soal-selidik, pemerhatian, refleksi, pengalaman sendiri dan tinjauan literatur.

No comments:

Post a Comment